Powered By Blogger

Wednesday, 17 September 2014

PENGENALAN

HB MALAYSIA!


PERPADUAN KAUM MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN MALAYSIA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua............

          Kepada para pembaca yang dihormati, topik yang ingin saya ketengahkan untuk kajian blog saya pada kali ini adalah bertemakan "Perpaduan Kaum Mempengaruhi Pembentukan Malaysia". Jadi, saya harap blog ini dapat memberikan serba sedikit pemahaman yang diinginkan kepada semua..
Selamat membaca............


PENGENALAN 


Seperti yang kita semua tahu, negara kita berjaya mendapatkan kemerdekaan secara aman lebih kurang pada 57 tahun yang lalu. Dan, berterima kasih kepada para pejuang Tanah Melayu, tanpa usaha dan pengorbanan mereka, negara kita tidak akan mendapatkan keamanan sampai sekarang. Walaubagaimanapun, perjuangan tersebut tidak terhenti di situ. Ramai di antara rakyat kita yang tidak tahu bahawa perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan tersebut masih berterusan walaupun laungan kemerdekaan berjaya di lafazkan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957. Para pemerintah di Tanah Melayu pada waktu itu masih berhempas pulas mengerahkan usaha demi mengecapi kebebasan yang diinginkan oleh rakyat Tanah Melayu selama ini. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia yang Pertama), Lord Bassey (Pengarah Syarikat Borneo Utara), Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara), Lim Yew Hock (Menteri Besar Singapura), David Marshall (Menteri Besar Sinagpura Pertama), Dato’ Onn Jaafar (Ketua UMNO) dan Lee Kuan Yew (Perdana Menteri Singapura) merupakan tokoh-tokoh terkenal dalam memerdekakan negara kita sekarang, iaitu Malaysia.


Untuk melihat isi kandungan seterusnya, sila klik di bahagian ISI KANDUNGAN  di sebelah kiri blog ini,,,,,,

Terima kasih............

No comments:

Post a Comment