Powered By Blogger

USAHA-USAHA KE ARAH PERPADUAN KAUM

USAHA-USAHA MENCAPAI PERPADUAN KAUM SEMASA PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA




Semasa dalam proses penubuhan dan pembentukan Malaysia berlaku, terdapat pelbagai usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memantapkan perpaduan sesama kaum. Hal ini kerana perpaduan kaum yang sedia ada pada waktu itu masih belum kukuh untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang stabil. Salah satu contoh yang boleh di sertakan adalah terdapat segelintir golongan-golongan kaum cina yang mempunyai sifat perkauman kerana hasil daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia ke-2 yang menyeksa kaum-kaum cina yang terdahulu.

Disebabkan masalah ini, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum ditubuhkan. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 di Singapura oleh Donald Stephens (ahli kabinet Persekutuan).





Antara peranan-peranan JPPK:-



  1. Menerangkan kepada orang ramai mengenai faedah Gagasan Malaysia.
  2. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.


      JPPK telah memberikan peluang kepada pemimpin Sarawak dan Sabah untuk mengemukakan pandangan mereka terhadap penubuhan Gagasan Malaysia tersebut. Dengan itu, JPPK telah mengadakan mesyuarat-mesyuarat seperti berikut.


  • Kota Kinabalu, 21 Ogos 1961
  • Kuching, 18 Disember 1961
  • Kuala Lumpur, 6 Januari 1962
  • Singapura, 1 Februari 1962


Akibat daripada rundingan tersebut, Sarawak mengeluarkan kertas putih tentang Malaysia pada 4 Januari 1962 manakala Sabah pula pada 31 Januari 1962. Seterusnya, satu memorandum baru di susun semula kemudian di hantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962.

     Selain itu, dengan menubuhkan Suruhanjaya Cobbold juga merupakan salah satu cara untuk meninjau pendapat dan persefahaman rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Gagasan Malaysia tersebut. Suruhanjaya ini juga bertujuan untuk membuat penilaian pendapat rakyat tersebut, kemudian mengemukakan cadangan kepada British. Suruhanjaya Cobbold ini di anggotai oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston.






LORD COBBOLD




SIR ANTHONY ABELL











Antara hasil laporan yang didapati ialah:-



  • 1/3 daripada rakyat menyokong tanpa syarat.
  • 1/3 rakyat menyokong dengan syarat bahawa kepentingan mereka dilindungi.
  • 1/3 golongan rakyat mahu mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.


Berikut merupakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold:-



  • Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu.
  • Kedudukan istimewa terhadap penduduk Sabah dan Sarawak terjamin
  • Negeri Sabah dan Sarawak diberikan kuasa untuk menentukan dasar imigresen.
  • Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.
  • Nama Malaysia digunakan.

No comments:

Post a Comment