Powered By Blogger

KESAN PEMBENTUKAN MALAYSIA TERHADAP PERPADUAN KAUM

KESAN PEMBENTUKAN MALAYSIA TERHADAP PERPADUAN KAUM


Setelah mencapai kemerdekaan dan tertubuhnya negara Malaysia, Malaysia tidaklah dianggap sudah aman. Hal ini kerana masih timbul masalah akibat daripada pertembungan pelbagai kaum yang berlainan dari segi perspektif, bahasa, budaya dan agama. Berikut merupakan kesan-kesan dan cabaran yang dihadapi ke atas perpaduan kaum selepas penubuhan Malaysia.


     Selepas mencapai kemerdekaan, beberapa rusuhan antara kaum Cina, Melayu dan India telah berlaku. Hal ini disebabkan oleh pengagihan ekonomi yang tidak sekata di antara kaum-kaum tersebut. Rusuhan ini telah berlaku di Bukit Mertajam pada tahun 1966 manakala di Pulau Pinang pula pada tahun 1967. Rusuhan ini telah mengakibatkan Majlis Perundingan Negara (MAGERAN) di tubuhkan di bawah Undang-undang Darurat selepas berlakunya rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969. MAGERAN diwartakan pada 29 Januari 1970.


     Selain itu, Rukun Negara ditubuhkan pula pada 31 Ogos 1970 selepas tertubuhnya MAGERAN. Prinsip Rukun Negara ini penting di amalkan oleh setiap rakyat supaya dapat mewujudkan perpaduan, demokrasi dan keadilan. Berikut adalah prinsip Rukun Negara:-

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan



Prinsip-prinsip yang dinyatakan tadi seharusnya menjadi amalan kepada semua rakyat Malaysia agar rakyat yang berbilang kaum ini dapat bersatu padu dan menjamin kesejahteraan masyarakat.


     Seterusnya adalah berkenaan dengan Dasar Pembangunan Sosial.
Dasar Pembangunan Sosial terdiri daripada:-


  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Dasar Wanita Negara
  • Dasar Belia Negara


Dasar Pendidikan Kebangsaan 


     Dasar Pendidikan Kebangsaan di gubal dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di semua peringkat pendidikan iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pendidikan tinggi (IPTA). Dasar ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1970. Kerajaan menggubal dasar ini dengan melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Dasar tersebut di gubal bertujuan untuk menyatukan kaum-kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India melalui penggunaan bahasa yang sama.



Dasar Wanita Negara 


     Objektif Dasar Wanita Negara adalah untuk menjamin perkongsian antara kaum lelaki dan perempuan adalah sama. Oleh itu, kaum lelaki dan perempuan dapat menikmati peluang dan faedah  dari segi pembangunan dan mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan terhadap wanita.



 Dasar Belia Negara


      Dasar Belia Negara memfokuskan jurang umur antara belia dari umur 18 hingga 25. Antara strategi utama Dasar Belia Negara di gubal adalah untuk menjadikan belia yang mahir dari segi bidang teknikal dan vokasional. Selain itu, meningkatkan usaha untuk menimba ilmu, menanam nilai murni dan pemikiran yang positif dalam kalangan belia, menyediakan kemudahan yang sesuai dalam menggalakkan interaksi sosial yang sihat dan positif, mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan membina semangat kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

No comments:

Post a Comment